Kelmarin, aku dah pecahkan rekod. Rekod tak pergi ke pasar ramadhan selama 27 hari. Hehe, sengaja aku menahan diri berapa hari aku mampu tak menjejakkan diri ke syurga makanan tersebut! Hasilnya sejak hari pertama sehinggalah kelmarin baru aku terpaksa memecahkan rekod sebab aku mahu berbuka bersama sama rakan. Sebelum ini aku berbuka dia rumah *sebab itu aku tak perlu ke bazaar ;) Merapu sahaja kan? Owh esok aku akan pulang ke kampung halaman, Kedah Darul Aman. Kampung sebelah ayah. Seperti yang aku pernah ceritakan pada entri awal ramadhan, tahun ini perasaan menyambut eidulfitri ada kelainan sedikit. Aku tidak lagi bergelinjangan, namun ada satu perasaan yang aku telah pun lalui seperti mana yang sering mama ceritakan erti sebenar ramadhan.
Hmm, esok barangkali kami sekeluarga pulang pada sebelah petang. Kebiasaannya ayah dan abang yang memandu, hanya ketika kecemasan mama atau aku yang memandu ketika perjalanan jauh. Jika aku perlu memandu esok, insyallah aku akan jadi pemandu paling berhemah. Hehehe, apabila memandu berseorangan aku jadi "split personality". Apa yang pasti, seperti biasa, setiap kali hari raya, aku akan menjadi "Ketua Chef" bagi perwakilan cucu nenek. Sepupu aku berpuluh puluh orang, perempuan hanya ada 6, selebihnya adalah lelaki. Namun tak ramai sepupu lelaki yang mahu turun ke dapur! Biasalah kan..hehe :)
Owh ya, dikesempatan ini aku memohon ampun maaf kepada sahabat handai, sanak saudara andai diri ini telah menyakiti kalian secara zahir dan batin. Aku rasa secara zahir masih terkawal, secara batin itu mungkin banyak. Ye lah, ada masa sedar atau tidak kita tak perasan telah mengguris perasaan orang lain. Kususun sepuluh jari, halalkan makan minum dan segala galanya! Kepada abang yang kini berada di Arab Saudi, selamat menyambut hari raya! Tahun ini tahun ke dua abang beraya di perantauan. Kami sekeluarga dapat rasakan sunyinya raya tanpa abang! Moga sihat wal'afiat dan tabahkan hati di sana :) Salam eidulfitri !

1 comment:
Selamat menyambut hari lebaran syamie... ;)
Post a Comment