Ada masa aku gemar bermonolog. Jadi seperti lagak tidak siuman buat seketika. Khayalan , imaginasi merupakan permainan kegemaran aku sejak dari kecil. Ketika di "kamar termenung" aku banyak menghabiskan masa dengan melayangkan fikiran. Ada masa aku gemar merapu dan terus merapu. Tidak perlu banyak berfikir berbaloi atau tidak, lakukan sahaja kerana ianya percuma! Kadang kadang melayang bersama imaginasi adalah lebih gembira daripada bersama konsol PS3 atau Xbox. :) Kau cara kau. Aku cara aku. Tuhan amat pemurah kerana ada masanya Dia kasi kita nikmat rasa gembira tanpa perlu mengeluarkan wang :)
Spank
6 years ago
No comments:
Post a Comment