Klik untuk lihat iklan menarik

Friday, September 25, 2009

RM 8 boleh buat Cik Lisa kekal "cool".

Bermodalkan RM 8 sahaja boleh dah boleh buat Cik Lisa kekal “cool”. Sebelum ni mood Cik Lisa tak menentu. Ada masa sejuk, ada masa panas. Kalau Cik Lisa bergerak perlahan maka beberapa minit kemudian satu badan Cik Lisa akan berasa panas. Apabila Cik Lisa bergerak laju, maka semakin sejuk. Hmmm..setelah hampir setahun aku melayan kerenah Cik Lisa yang tak menentu moodnya, kelmarin baru aku dapat diagnose apa puncanya.

Hahaha, rupa rupanya selama ini Cik Lisa dipakaikan ‘tali pinggang’ yang besar..sebab itulah tak padan. Bila besar maka ada banyak ruang, belt itu pun ada masa melekat, ada masa tidak. Saiz lama yang besar itu 2285, aku gantikan dengan yang lebih fit, 2270. Hmm.. aku sangkakan kena keluar duit banyak lagi..selamat…. Tahun lepas sahaja dah belanja ribuan ringgit untuk tukar baru compressor +condeser dan sewaktu dengannya.

Ini sahaja ubatnya…..












Bando timing belt saiz 2270 untuk pinggang Cik Lisa.

No comments: