Ahad lepas, selesailah sudah aku dan Ejat memborong 6 kompilasi software komputer terbaru di pasaran. Puncanya beberapa hari sebelum tu aku tune balik pc aku, maka sambil tu aku pun buatlah proses mendelete file dan program yang sudah out dated dalam pc aku. Baru aku perasan, sejak tahun 2005, aku tak pernah mendelete software 'major' dalam partition hard disk aku. Jumlah software yang aku simpan dah lebih 70GB! Hehe kalau software tu besi dah lama dah berkarat.
Segala jenis software aku ada dan aku kira kira dah boleh buka kedai software kot ;) Selepas aku semak satu persatu, sebahagian besar daripada koleksi aku tu harus di delete sebab (bagi aku la)dah ketinggalan zaman . Maka sofware itu digantikan dengan :
1. Adobe Creative CS 4- Untuk kerja-kerja graphic & design. Sebelum ni aku pengguna Adobe Creative Suite CS2, hehe CS3 pun tak cuba terus beli yang CS4.
2. Avid Media 2008- Untuk kerja edit video,audio dan animasi secara professional. Dalam ni ada Avid Liquid, Media Composer, Studio Tool Kits dan beberapa software editing ringan yang lain seperti Ulead, Sony Vegas 9 dan lain lain. Avid ni lebih fokus kepada HD(High Definition) secara analog dan juga digital. Avid ni yang 209 tak ada lagi dalam pasaran. Cukuplah yang 2008, tu pun aku tak habis explore lagi!
3.Driver Solution- Disebabkan aku selalu membuat servis komputer, maka koleksi driver ni penting untuk aku. Lain komputer, lain drivernya..(tak perlu nak download kat internet lagi)
4. Technician Software Pack 2010- Macam gempak je nama, hehe ni koleksi software untuk sistem komputer. Audio, video, dan beberapa jenis sistem lain seperti antivirus, converter,burning, internet dan lain lain.
5. Total Training CS4- Disebabkan aku ni tak mahir macam orang yang bergelumang dengan graphic & design menggunakan komputer, maka aku perlukan bantuan daripada dvd. Hehe kiranya belajar sendiri lah..
6. Windows 7 Professional 64 bit- Haha ni software yang selalu aku update. Dari windows 95- hingga 2000, Windows XP, Windows Vista dan terkini Windows 7. Software ni menjadi rebutan terutamanya dah nak masuk hujung semester sebab masa tu lah virus bersepah sepah dalam komputer dan melemahkan sistem!
Selepas aku kira-kira, kalau harga software original, nilainya lebih RM 10,000! Tapi apakan daya, manalah aku mampu nak beli yang original. Aku berani jamin kalian yang membaca ni pun majoriti pengguna macam aku juga. Kalau aku dah kaya mampulah aku nak beli yang asli..hehe..maaf ya kepada encik programmer software..aku cilok kau punya hasil kerja! Tunggu aku berduit lebih sikit nanti aku usaha beli yang original :)
4 comments:
windows 7 pada harga 300 pun boleh, buy vista ori then update w7 for free.
yang mahal tu kat adobe n avid. agagaga..tak mampu buat masa skang ;)
yeke guna driver solution xpyh, dwnload kt internt?
Technician Software Pack 2010 ni pulak, utk pe? klesi sftwre dlm 1 ker?
so far driver dalam dvd tu support kebanyakkan laptop yg ada dalam pasaran.. tapi kalau guna windows 7, tak perlu pun guna driver..dia akan auto fix .
Technician Software Pack 2010 tu just utk program2 tambahan bg maintenance pc je.. :)
Post a Comment