Klik untuk lihat iklan menarik

Saturday, May 2, 2009

Ada Apa Dengan Laut?












Salam kepada para pembaca yang budiman. Setiap pagi apabila kita bangun, kita akan melihat langit dan persekitaran bukan? Kita lihat dunia ini terbentang luas. Namun apa yang mampu lihat dengan 2 retina di mata ini adalah terbatas. Apa yang kita mampu nampak adalah diatas permukaan tanah sahaja. Banyak lagi perkara seseorang manusia itu tidak akan dapat melihat sepanjang hayatnya.

Kira-kira 1,260,000,000,000,000,000,000 liter air menyelaputi permukaan bumi iaitu dianggarkan lebih daripada 70% permukaan bumi adalah air. Aku berfikir, sedangkan 30% yang di muka bumi ini pun manusia belum habis terokai, barangkali ada sesuatu yang ajaib berada di dalam laut.

Kebanyakkan rekod dunia secara majoritinya dicatatkan di permukaan tanah. Hanya beberapa sahaja rekod yang dicatatkan aktiviti dia lautan. Setiap tahun dicatatkan penemuan beberapa spesis baru yang dijumpai di dasar laut. Apabila Tsunami melanda pada tahun 2005, seluruh dunia gempar dengan fenomena tersebut. Tsunami berlaku apabila berlaku pergerakan kecil di dasar laut namun impaknya amat besar kepada penghuni di darat iaitu sebahagiaan besarnya adalah manusia. Dalam sekelip mata, geografi dan peta dunia sudah pun berubah.

Manusia sebagai khalifah di muka bumi, manusia juga mengiktiraf dan diiktiraf sebagai pemimpin, tokoh atau pahlawan agung di dalam satu satu era. Firaun yang menggelar dirinya tuhan juga akhirnya menemui ajal ditelan laut merah. Christopher Columbus anak kelahiran Itali sebagai orang ternama di lautan juga menempa nama disebabkan laut.Tidak kurang hebat bagi Laksamana Cheng Ho yang terkenal dengan ilmuan lautan dan kebesaran kapalnya mengalahkan pelayar dari Amerika dan Eropah pada satu masa dahulu.

Aku yakin, terdapat khazanah yang barangkali kita tidak pernah terfikirkan ada di dasar lautan. Pasti ada sebab mengapa mengapa manusia dicipta untuk hidup di permukaan darat dan bukan di dalam air. Apa yang pasti, jika berkesempatan hasrat aku untuk menyelam dan melakukan aktiviti fotografi di dasar laut. =)








*Replika kapal ini hadiah dari seorang teman membuat aku berfikir sejenak*

3 comments:

Sufy said...

salam, betul la..subhanallah, amat besar kekuasaan Yang Maha Esa..sy jg berpendapat sedemikian..tp akal manusia terlalu terbatas...wallahualam..

Teja Suraya said...

abiaaangg..amek kos hape?broadcast ke journ??ekeke..apa pun, bagus2 teruskan usaha menulis camni..kdg2 org lain ni bukan perasan menda2 camni...

imhays damha said...

Sufi: yeah, akal manusia terbatas. sehebat2 ilmu manusia ibarat setitik air di lautan.

Ema: hehe, kos tu sebagai medium untuk dapat degree ja..menulis ni x kira la kos mana..btw as masscommites kena la ada variety, if broadcast x semestinya kena citer pasal tv radio je.;)
Btw, seronok bila berfikir di "luar kotak" ni. Lagi banyak kita mengkaji@belajar , maka lagi byk perkara yg kita sedar kita x tahu.