Klik untuk lihat iklan menarik

Saturday, May 16, 2009

Basikal.

Beberapa tahun lepas, aku aktif dengan pelbagai jenis sukan. Salah satu sukan yang aku aktif ialah berbasikal. Memang sejak dari bangku sekolah lagi aku minat dengan basikal. Dari BMX sehinggalah ke Downhill. Semasa sekolah rendah aku amat obses dengan BMX. Ayah telah menghadiakan aku sebuah BMX full set jenama GT. Masa tu siapa yang pakai GT orang akan pandang, wooww! Aku sanggup tidur dengan basikal sebab terlalu sayang. Hahaha.

Bagi sesiapa yang menceburi sukan yang menggunakan basikal ini kebiasaannya akan tahu selok belok dalam membaiki jika berlaku kerosakan. Hanya jika berlaku kerosakan serius barulah akan menghantar basikal ke pusat servis.(Macam servis kereta je). Seingat aku, sepanjang sekolah rendah dahulu, setiap minggu pasti ada sahaja perubahan yang aku lakukan pada BMX tersebut.Maka duit yang telah lesap ke kedai aksesori pun..hehe..cecah ribuan la kot. Pada penghujung 1997, aku berpindah ke negeri Kedah. Baru sebulan aku pindah ke sana, bak kata orang tua ,malang tak berbau..BMX aku telah dicuri! Aku amat sedih sebab bagi aku basikal tu dah macam teman setia aku.

Okay, semasa aku di tingkatan 3, aku dikejutkan lagi oleh ayah kerana menghadiahkan sebuah mountain bike! Aku tak pernah menjangkakan ayah akan membelinya sebab aku ni selalu demand benda yang merapu. Maka selepas memiliki sebuah mountain bike, gaya hidup aku pun berubah. Pada setiap petang aku pasti akan bersiar-siar bersama rakan-rakan menjelajah sekitar bandar Sg Petani. Kami akan mengatur lokasi yang berbeza untuk dijelajahi pada setiap hujung minggu. Antara perkara menarik sepanjang konvoi ini adalah kami tidak berasa penat walaupun telah menjelajah sejauh berpuluh-puluh kilometer.

Selain daripada menjelajah dari satu bandar ke satu bandar, aku juga turut berbasikal di laluan yang lebih lasak seperti di dalam hutan. Antara lokasi kegemaran aku ialah Pulau Tiga. . Perjalanan dari jalan besar sehingga ke Pulau Tiga mengambil masa kira kira 30 minit. Untuk pengetahuan semua, lokasi Pulau Tiga ini tidak jauh dari jeti yang beberapa buah bot di situ menuju ke Pulau Langkawi. Memang adat jika mahu ke sana, pasti akan bersedia dengan sebarang kemalangan. Terjatuh semasa naik turun bukit adalah perkara biasa dan ada kejadian aku terjatuh kerana terkejut apabila dikejar babi hutan. Antara pemandangan yang dapat dilihat sepanjang perjalanan ialah akan melalui denai yang berkembar dengan pagar kem askar(Kem Lapangan Terbang).

Pada 2003, sekali lagi malang tidak berbau. Aku masih ingat, hari itu hari Jumaat. Aku membasuh basikal dan menjemurnya di halaman rumah. Aku masuk ke dalam rumah untuk mandi dan bersiap-siap untuk ke solat jumaat. Tak sampai 30 minit kemudian, aku keluar dan....basikal aku sudah tiada! Aku termenung seketika dan cuba menenangkan diri. Sekali lagi basikal aku hilang . Fikiran aku mula berkecamuk. Tiada lagi ekspidisi, tiada lagi jelajah ketika hujung minggu dan..aku membayangkan betapa banyak wang yang telah aku habiskan semata-mata untuk hobi lasak ini..Begitulah sejarah aku bersama basikal tersayang. Aku tangguhkan untuk meneruskan hobi tersebut selama beberapa tahun dan kini..aku rasa seperti nak mula berjinak jinak kembali. Aku dah survey..dan jatuh cinta sama...Nicolai Helius RC Mountainbike! Tapi aku sedar yang aku tak mampu nak miliki sekarang sebab harganya..lebih mahal daripada Perodua Kancil.














p/s: sekarang ni walaupun hobi aku adalah memandu , namun minat aku terhadap basikal mountain tak akan pernah padam. hari hari naik kereta pun nanti badan jadi lemau ;)

2 comments:

Myra M Noor said...

when am doing diploma in penang, my transport is bicycle..sampai brape kali hilang..2 advantages of it: no petrol and confirm badan maintain..hahahah...

imhays damha said...

hehe..owh yeah...berbasikal hari2 boleh dapat peha yang cun!