Panas..panas..apa nak jadi ni. Setiap hari jenayah bertambah. Masalah sosial juga bertambah. Aku bingit dengan samseng-samseng muda yang berkeliaran di jalanan. Ada sesetengah tu luka berkhatan pun belum pulih lagi dah mula angan-angan nak jadi samseng jalanan. MAT REMPIT. Siapa yang mengiktiraf golongan kutu ini? Mukadimahnya, aku memohon maaf awal awal kerana penulisan yang agak beremosi. Aku tekankan di sini, bukan semua penunggang motosikal adalah kutu jalanan, hanya segelintir ini sahaja kita perlu banteras.
Ligat di dalam pemikiran aku, siapa yang bertanggungjawab memberi nama mat rempit. Seperti mana yang kita maklum golongan yang tidak diiktiraf ini merupakan golongan bangsat yang memalukan nama baik negara. Aku gelar mereka ini bangsat sekiranya mereka telah melakukan jenayah. Saban hari makin bertambah masalah yang dicetuskan oleh mereka. Lebih menyedihkan lagi antara yang terlibat itu adalah pelajar yang masih bersekolah.
Tahap kematangan untuk menilai sesuatu perkara oleh remaja adalah amat rapuh. Mereka si remaja ini merupakan golongan attention hore yang mahu mencari kegemilangan di zaman muda. Apabila media mendedahkan kegiatan mereka kepada masyarakat, ada segelintir di kalangan mereka yang berbangga kerana merasakan satu kepuasan apabila menjadi buruan pihak berkuasa. Lagi banyak berita memaparkan kes-kes yang dilakukan oleh kutu jalanan ini, maka semakin membuak-buak kepuasan yang membara dalam jiwa mereka yang sememangnya kosong.
Keadaan menjadi lebih parah apabila golongan kutu jalanan ini menjadi ikon kepada para remaja yang baru nak mengenal dunia. Tahap obses meluap-luap untuk menunggang motosikal dan masing-masing teruja untuk ingin menunjukkan kehebatan sesama sendiri. Mereka si remaja ini akan mudah terpengaruh untuk menyertai kumpulan tidak berdaftar ini dan akhirnya akan terjebak dengan perlumbaan haram.
Golongan ini seolah-olah bergelinjangan apabila nama REMPIT itu dilaung-laungkan. Aku hairan, mengapa media masih menyebut gelaran tersebut. Jika kita bersatu padu, langkah pertama kita boikot gelaran “rempit” maka tidak mustahil satu masa nama itu hanya akan tinggal sejarah. Selagi kita sebut, maka selagi itu mereka rasa aktiviti mereka diiktiraf oleh masyarakat. Usaha drastik perlu diambil kerana kita perlu selamatkan remaja terutamanya anak-anak Melayu yang merupakan aset negara pada masa akan datang.
Kepada yang memang minat untuk berlumba, gunalah cara yang betul. Sekarang ni saluran dah banyak, kalau tak tahu, boleh la pergi ke Kementerian Belia & Sukan, dapatkan bantuan di sana. Kalau berlumba di jalanan, mati dan pandai masuk kubur sendiri tak apalah, ni asyik menyusahkan banyak pihak. Hapuskan rempit bersama gelarannya, dan salah satu perkara positif ialah secara tak langsung industri pelancongan di negara kita akan berkembang pesat. Belia kita adalah aset negara.

No comments:
Post a Comment