Sejak 2 tahun lalu, aku merupakan pemakai setia sunglasses kanta Polarized. Polarized ini merupakan sejenis teknologi yang direka khas dapat membantu penglihatan ketika dalam keadaan berkabus dan sebagainya.Sebagai contoh ketika kabus pagi atau ketika hujan lebat, aku tiada masalah untuk memandu apabila memakai sunglasses ini. Bagi orang yang tidak memahami mungkin akan ketawa apabila melihat seseorang itu memakai cermin mata gelap ketika hujan. Sebagai pemandu, keselamatan adalah perlu diutamakan maka aku mencadangkan agar sahabat sekalian apa salahnya mengeluarkan wang lebih untuk mendapatkan keselesaan ketika memandu. Jika boleh keluarkan wang ribuan ringgit untuk aksesori lain, mengapa tidak anda mengeluarkan sedikit wang untuk mengutamakan mata anda.
Tadi aku melayari website Oakley dan aku amat tertarik dengan model Polarized HALF X ! Lasak dan lebih canggih. Buat masa kini aku pengguna Polarized dari Killer Loop®. Kepada para pemandu, aku nasihatkan supaya utamakan keselamatan ketika memandu. Mata adalah antara organ terpenting ketika memandu. Elakkan memilih sunglasses semata-mata kerana gaya, trend dan jenama sahaja, tapi tidak berfungsi dalam memelihara mata. Biar membeli jenama yang murah pun tak apa, asalkan lensanya adalah original dan berfungsi memelihara mata. Owh ya, sedikit informasi tentang Polarized, turut sesuai digunakan oleh para pemancing (dapat tengok dasar air dengan lebih jelas), dan sesiapa yang aktif dengan aktiviti outdoor kerana boleh menapis cahaya berlebihan yang mendatangkan silau pada masa yang sama anda dapat merehatkan mata sewaktu berada di panas terik!
(Oakley Polarized HALF X)
No comments:
Post a Comment