Hobi utama aku adalah memasak. Aku gemar memasak sejak dari sekolah rendah lagi. Apabila ada masa lapang aku akan melepak di dapur dan mereka pelbagai jenis menu mengikut sesuka hati aku. Habis barang-barang dapur mama aku sepahkan. Kadang-kadang tu berasaplah satu rumah gara-gara perbuatan aku...hehehe. Salah satu bahan kegemaran yang akan aku letak dalam masakan adalah daun oregano. Kebiasaannya daun ini dimasukkan didalam pizza. Fungsinya adalah untuk menaikkan aroma sesebuah pizza tersebut. Aroma utama sesebuah pizza adalah pati sos dan juga daun oregano ini bersama beberapa bahan bahan sampingan yang lain.
Aku begitu obsess dengan oregano sehinggalah boleh dikatakan kesemua masakan aku ingin aku letak si oregano ini. Dari pizza , wedges, sup , roti bakar sehinggalah ke telur goreng. Peristiwa paling aku tak dapat lupakan ialah semasa darjah 3, aku memasukkan serbuk oregano ini ke dalam kotak pensil aku. Apabila aku berada di sekolah dan berasa lapar, aku akan membuka kotak pensil dan membayangkan ada pizza di dalamnya! He he he..
No comments:
Post a Comment