Klik untuk lihat iklan menarik

Saturday, May 30, 2009

Mc Konvo UiTM dan Kisah Kemalangan di Padang Jawa.

Hari ni, genap hari ke 5 aku bertugas sebagai MC bagi Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke 70. Pengalaman dan pembelajaran yang menarik. Pada hari pertama aku amat gugup memikirkan bagaimana nak melunakkan suara dan risau jikalau aku tersalah cakap. Ye lah, aku memang menghadap dengan muka Yang Di Pertuan Agong. Ampun Tuanku. Dalam aku dok berhati hati tu pun, ada juga aku tersasul. Nama si polan tu Bin, tapi aku tersebut Binti. Namun apabila sentiasa ingat pesanan orang orang lama, kalau salah tu buat buat yakin je. Hehehe. Owh ya, dalam minggu ni juga, banyak insiden yang berlaku.

1. Hari raptai ( 25 Mei) untuk konvokesyen,kawan aku (Am) dirompak masa kat rumah.
2. Pada hari yang sama, kereta aku dilanggar sehingga remuk bahagian depan.
3. Aku jumpa kembali rakan rakan lama masa kat konvo. Hehe.
4. Tawaran kerja yang datang melimpah limpah. Syukur..Berlakon filem pun ada,watak extra je.haha
5. Aku kini jadi anak tunggal balik sebab adik aku pun dah masuk UiTM. Tahniah sebab dapat masuk Fakulti Undang Undang.

Ringkasan cerita berkenaan kemalangan pada 25 Mei. Aku masa tu nak hantar Pooya dan Safwan balik rumah. Pooya rumahnya di Padang Jawa manakala Safwan pula di pusat komersial. Semasa di lampu isyarat ke Padang Jawa, kereta hadapan aku yang dipandu oleh seorang wanita telah “reverse” apabila lampu hijau. Katanya dia tak sedar yang sedang dalam gear reverse. Maka apabila lampu hijau menyala, dia melepaskan brek tangan dan menekan minyak. Aku dan rakan rakan dah dapat merasakan dia akan melanggar kami, maka aku pun membunyikan hon. Namun apakan daya, semakin lama aku hon, makin laju dia me’reverse’. * Booommm!!!*

Aku keluar dari kereta, tengok cik lisa dah remuk teruk. *Cuba bertenang* Pemandu tersebut keluar dan menangis sambil meminta maaf. Katanya dia tak dapat focus sebab berkhayal. Ayahnya baru sahaja meninggal dunia dan dia masih dalam keadaan bercelaru. Kami pun berbincang dan akhirnya dia bersetuju untuk membayar secara peribadi. Selepas hantar kawan kawan pulang, kami ke bengkel kereta. Pemandu wanita tersebut ditemani abangnya bagi membantu menguruskan segala proses. Aku nak marah pun macam tak jadi sebab simpati dengan perempuan tersebut yang baru jadi anak yatim. Padahal kereta aku ni dah hancur bahagian depan. Cobaan...

Semasa perjalanan ke bengkel, ibu si wanita tersebut turut datang. Dia juga tidak putus putus memohon maaf atas kemalangan yang berlaku. Kereta aku ditinggalkan di bengkel dan si ibu ini offer untuk hantar aku pulang ke rumah. Masa nak pulang tu, dia ajak singgah minum dulu kat rumah dia. Aku pun setuju sebab dia macam bersungguh sungguh ajak ke rumah. Sampai di rumahnya, aku pun minum..kemudian dia masak la pulak. Apa boleh buat, nak tak nak aku kena la makan. Hahaha, masa aku tengah makan tu aku macam berfikir, “ Apa aku buat kat sini, aku kan tadi kemalangan”. Hehehe, lepas makan kami pun sembang sembang selama sejam lebih. Macam kelakar pun ada, sepatutnya aku bersedih sebab kereta yang aku amat jaga tu baru kemalangan. Kuasa tuhan, segala galanya boleh terjadi.

Aku dengan tenang menelefon ayah dan mama untuk beritahu pasal kemalangan tu. Mama agak panic, tapi selepas aku cerita elok elok, ok la. Hmm..2 hari lepas, kereta aku pun dah keluar dari bengkel. Cik Lisa dapat bumper baru. Dan aku kini, ada lagi 3 hari untuk bertugas sebagai MC konvo.Lepas tu insyallah gi shooting filem kat KLCC dari 16-18 Mei ni. Watak extra ala ala pak pacak pun jadilah, boleh cari duit poket dan isi masa lapang . Pengalaman jadi MC, satu pengalaman yang menarik.. macam macam nama aku baca..ribuan nama..ribuan ragam para graduan. Tahniah kepada semua graduan :)

6 comments:

SarahSevier said...

wahhhh tahniah sebab jd MC konvo! ada style lah syahmito!!
:)

imhays damha said...

thank you sarah :)
hehe, aku mcm dah seronok pulak dgn kerja2 yg guna suara ni..hehehe

Teja Suraya said...

waa..jadi mc konvo abg syahmi kita ni..haha..good2..ehem..xdak ka watak untuk teja skali..nk blakon gak,...wahaha..berangan nk jadi diva..kui3..

Alif Abu Bakar said...

gle best dpt jd extra...
ak menunggu je jd extra xdpt2...
wahahaha....

imhays damha said...

extra kecil kecilan je kot..ntah2 x nmpak muka pun..hahaha, asalkan boleh dpt duit poket pun ok la..

twinklelady said...

eeeeee!!! sedehnyeee!!! sampai macam tuh skali kan syami...hmmm...takpelaa bwk berasabar banyak2 la kat hamba Allah tuh...;)