Klik untuk lihat iklan menarik

Sunday, May 24, 2009

Pengalaman buat kerja buruh.









Setiap orang mempunyai pengalaman berkerja . Tidak kiralah sepenuh masa atau part time. Apakah pekerjaan pertama yang anda lakukan? Kerja pertama yang aku buat adalah bantu pak cik buat kerja renovate rumah. Pak cik aku merupakan kontraktor yang menetap di utara. Satu hari dia mendapat projek untuk me’renovate rumah di sekitar lembah klang. Untuk pengetahuan semua, aku ni amat memilih untuk membuat apa apa kerja. Tak suka office hour tapi aku tak kisah jika kena buat kerja lebih masa. Dalam banyak banyak kerja yang ada, hakikatnya kerja buruh lah sebagai pengalaman pertama aku . Masa tu lepas SPM kiranya merasalah jadi macam buruh kasar..hehe cuma layanan baik je la. Aku memang teringin nak merasa buat kerja berat . Sekurang-kurangnya sekali dalam hidup dan aku faham macam mana susahnya kerja sebagai seorang buruh.

Tugasan pertama aku sekadar tukang angkat barang-barang je. Angkat simen, batu, tiles, dan sebagainya. Kiranya kerja yang tak perlu berfikirlah, hanya guna kudrat sahaja. Selepas dah beberapa hari tu.. aku dah naik pangkat jadi tukang tolong bancuh simen. Sebelum ni mana la pernah ada pengalaman bancuh simen maka mengelupas lah tapak tangan gara-gara dok bermain dgn simen tu.Kemudian bahagian paling susah bagi aku adalah ketuk dinding, macam nak tercabut je lengan ni(bila dah balik baru rasa sengal sengal). Paling tak boleh lupa masa dok angkat saki baki dinding dan tiles yang hancur tu..dalam dok berjaga-jaga tu..makan tangan juga la..tajam. Maka luka-lukalah sekitar tapak tangan tu. Gaji boleh tahan la.. untuk kuli junior macam aku ni, RM50 sehari hasil sakit-sakit badan. Makan minum aku pula ditanggung .Owh ya, kalau untuk pekerja yang sudah berpengalaman, gaji basic untuk sehari sekitar sekurang-kurangnya RM80 . Itu belum masuk extra charge itu ini mengikut kepakaran masing masing.

Apabila dah siap semua projek tu, banyak perkara yang aku belajar. Pertama, bukan senang nak cari duit. Kedua, jangan pandang rendah kat pekerjaan macam ni, sebab kemungkinan pendapatan dia boleh cecah lebih RM 10 K sebulan( Kalau dia rajin buat freelance la). Penampilan dia mungkin nampak selekeh sebab nak buat apa pakai melawa, kerja nak kasar-kasar. Lagipun disebabkan mereka dah biasa hidup susah, maka mereka akan pandai berjimat. Ketiga, sesiapa yang pernah buat kerja kasar ni, kesannya dia boleh buat kerja lasak kat mana mana je. Sekarang ni kalau kat rumah aku ada bumbung bocor ke, itu ini ke..sekurang-kurangnya aku boleh betulkan sementara nak cari orang untuk baiki sepenuhnya. *siapa kata budak masscomm tak boleh buat kerja berat?,aku sahut cabaran tu* Pengajaran terakhir, pendidikan itu penting.Orang mungkin pandang sebelah mata apabila nampak kita macam tak berpelajaran tinggi. Sebab bila aku merasa buat kerja macam tu(dengan kelulusan SPM je masa tu), awek cun lalu kat tepi pun jangan haraplah dia nak pandang,*Ini realiti*.Hehehe…

Jadi, untuk terus survive, mestilah bijak merancang. Selalunya lagi teruk dan stress sesuatu kerja tu, maka lagi tinggilah pendapatannya. Kalau nak nilai seseorang tu, jangan tengok luaran je. Mungkin dia pergi kerja naik motosikal atau kereta buruk, barangkali kat rumah dia ada kereta mewah..siapa tahu?

2 comments:

Teja Suraya said...

hehe..skang tmpat teja keja pun, tauke dia biasa2 je..xda hidup mewah..tapi income teja rasa mesti banyak dlm sbulan tu sbb dlm sehari ramai yg dtg wat tempahan..

ps..jadi buruh ni bukan senang..haha..

imhays damha said...

ada orang..duit byk..tapi xtunjuk..ada org..duit xde la byk sgt..tp blanja boros..nmpk mcm kaya..

mungkin tauke tu low profile je kot..xpun sbb dh pernah idup susah,so dia x suka mewah2..

btul tu, jd buruh bukan senang,kais pagi mkn pagi..kalau kais byk..lepas la smpai esok pg..minggu depan n so on..kena kais byk lg..hehe apa punya byk kais daa..