Selamat pagi kepada para pembaca yang budiman. Setiap manusia perlukan masa untuk berehat. Berehat dalam erti kata merehatkan tubuh badan dan juga minda. Setelah seharian penat bekerja , manusia perlukan masa untuk tidur. Bagi seorang dewasa, tidur selama kira kira 6 jam sudah cukup untuk merehatkan anggota badan dan menenangkan minda. Namun, jika seseorang itu tidur berlebihan maka ini akan memberikan impak negatif kepada individu tersebut.
Saya berpendapat, orang yang bangun awal pagi @ morning person adalah seseorang yang mempunyai magik dalam dirinya. Dalam islam juga telah menerangkan bahawa rezeki akan masuk pada awal pagi. Rezeki yang datang itu tidak semestinya datang dalam bentuk harta benda atau wang. Rezeki itu cabangnya luas, boleh jadi dalam bentuk peluang, ilmu, motivasi, kesihatan, nikmat kebahagiaan dan sebagainya.
Jikalau kita imbas kembali, waktu pagi adalah masa yang sesuai untuk badan kita menerima udara yang paling bersih. Maka ketika inilah kita sebagai manusia sepatutnya perlu berebut-rebut untuk mendapatkannya. Berbanding dengan individu yang masih terperuk lama tidur di atas tilam, cas-cas negatif dan positif dalam badannya menjadi tidak seimbang maka ini akan membentuk toksin yang berlebihan dalam badan.
Kajian yang dilakukan kepada golongan yang mempunyai usia panjang mendapati bahawa, mereka mengamalkan gaya hidup bersenam di waktu pagi dan jarang sekali tidur dengan berlebihan sepanjang hayat mereka. Selain itu, perlu diingat bahawa semakin hari persaingan semakin hebat. Manusia berlumba-lumba untuk mendapatkan apa sahaja peluang yang ada pada hari ini. Individu yang bijak adalah individu yang pantas dalam mencari peluang. Oleh itu, jika seseorang itu masih tidur sehingga tinggi matahari, bagaimana dia mahu bersaingan dengan individu yang lain?
Kesimpulannya, banyak perkara menarik selalunya terlepas disebabkan oleh tidur. Tidur itu adalah perlu, namun sebagai seorang manusia, merancanglah masa tidur anda sebaik-baiknya dan yang paling penting, terdapat banyak magik yang berlaku sekiranya anda bangun pada awal pagi. Apa itu magik ? Anda akan temui sendiri : )
No comments:
Post a Comment