Klik untuk lihat iklan menarik

Thursday, May 7, 2009

Kopi oh kopi












Satu masa dahulu aku tak boleh minum kopi. Sekiranya aku meminumnya maka selepas tu aku akan berasa pening dan loya selama beberapa jam. Aku pun telah berpantang untuk meminum sebarang jenis kopi selama beberapa tahun. Pada tahun 2008, aku mencuba sekali lagi untuk meminum kopi sedikit demi sedikit dan hasilnya aku tidak merasa loya atau pening lagi. Kebiasaannya, ada yang mengambil kopi sebagai cara untuk berjaga malam. Aku turut mencuba untuk melakukan sedemikian namun apa yang berlaku adalah selepas aku meminum kopi, kepala aku rasa cukup berat dan merasa amat sedap untuk tidur. Maka kini jika aku tidak dapat tidur di tengah malam, maka kopi lah ubat aku untuk tidur. Pelik kan?

1 comment:

inkmerah said...

heeee..sama la xbleyh minum kopi gak smpai skrg..hahaha..tp lg teruk la..bau aroma kopi pn dh pening tmbh la nk minum nnt..hahahah! dh copy cd ke blum?