Aku mengelamun lagi. Cuti, banyak masa untuk berangan. Nak bagi sedap..guna terma berfikir secara holistik! Hehe.. Baiklah, semasa zaman remaja purba dahulu kala..seorang cikgu bahasa inggeris aku selalu berkata , “Kenapa kat jadual bertugas tu mesti orang perempuan yang sapu sampah?, Sila tukar sekarang juga..bagi adil..lelaki dan perempuan tugasan tu bagi seimbang.” Boleh dikatakan semua orang yang berada ketika itu seolah –olah tersentak dengan perspektifnya. Barangkali, ada benarnya juga..mengapa kita seolah-olah rigid ya? Asal perempuan, mesti kena cuci itu ini..lelaki pula sekadar buat yang mudah. Kata dah zaman moden,berfikiran terbuka..
Sedang mengelamun..perut aku berkeroncong. Jam menunjukkan 1:32 AM, aku pun memikirkan apakah makanan atau minuman yang boleh aku sumbat ketika waktu ini. Aku pun pergi ke dapur untuk mendapatkan segelas Milo. Sedang membancuh air tu, aku teringatkan kata-kata cikgu dan apa hubungan dengan aku yang sedang mengacau air? Ibarat mentol yang menyala di atas kepala, tingg! Idea pun datang mencurah-curah. Idea aku berkenaan memasak. Topik ini pernah aku muatkan sedikit sebanyak dalam pautan terdahulu.
Mengapa ya, masyarakat seolah-olah berfikiran bahawa orang perempuan mesti mengambil alih hal-hal ketika di dapur. Dan syarat diletakkan sekiranya untuk menjadi calon isteri, mesti hebat memasak. Pada pendapat aku, mengapa tidak urusan di dapur itu dilakukan bersama-sama. Tiada yang mustahil kerana ayah aku sendiri kerap membantu mama di dapur. Mereka berdua bekerjaya, namun masih punya masa dan pada pemikiran aku, semua itu bukanlah satu alasan untuk meletakkan satu satu jantina untuk sepanjang masa bersama tugasan hakiki di dapur. Aku sendiri mempunyai hobi gemar memasak. Dan pada fikiran aku, apa salahnya jika satu hari nanti..sekali sekala biar aku yang menyediakan hidangan. Bergilir-gilirlah untuk siapa yang ingin menjadi ketua chef pada satu satu hari tersebut.
Cuba anda bayangkan, ketika seorang isteri itu sedang sarat mengandung. Tak kan lah ketika itu dia masih ingin bertanggungjawab sepenuhnya terhadap urusan di dapur? Ketika inilah peranan itu apa salahnya jika diambil alih oleh si suami. Sediakan sarapan pagi, siapkan segala-galanya dan jika ada masa, makan malam itu juga dimasak oleh si suami. Kalau sudah terlalu sibuk maka barulah makan di luar. Apa yang banyak berlaku hari ini adalah, masing masing malas untuk belajar memasak dan lebih selesa membeli makanan di luar sepanjang masa. Jika hari hari makan di luar pun sampai masa boleh jadi muak. Duit pun banyak membazir.
Ya, dunia sudah berubah. Semakin hari semakin sibuk. Mustahil untuk seseorang itu memasak untuk sepanjang masa. Kenyataan itu aku tak nafikan. Apa yang bermain di fikiran aku adalah, sebagai contoh hari minggu. Apa kata, masing masing mengambil inisiatif untuk belajar menu terbaru. Memasak bersama-sama secara tak langsung merupakan aktiviti riadah. Jika tak mahir semua menu pun tak apa, sudah memadai sekiranya anda mahir satu menu. Sebagai contoh, jika anda gemar memasak nasi goreng, mahirkan menu tersebut supaya apabila seseorang mahu makan nasi goreng, andalah difikiran mereka. Namun jika mahir lebih banyak maka lebih bagus!
Sekian sahaja coretan aku hasil dari lamunan pada malam ini. Pemikiran aku ini barangkali tidak semua orang boleh setuju dengan aku. Aku memang Realistic, Orthodox dan Liberal. Apa-apa pun, semuanya terletak kepada kreativiti masing masing. Anda yang menentukannya! Selamat mencuba ya :)

No comments:
Post a Comment