Klik untuk lihat iklan menarik

Saturday, May 16, 2009

Hantu = Jelmaan Jin dan Syaitan













Anda percaya tak pada hantu? Jikalau anda menjawab ya, maka betulkan fahaman anda. Mengapa? Kerana dalam rukun iman hanya ada 6 perkara iaitu bermula daripada percaya kepada Allah s.w.t sehinggalah percaya kepada qada’ dan qadar. Tidak ada pula menerangkan bahawa percaya pada hantu. Namun, aku percaya akan kewujudan jin dan syaitan yang boleh menjelma dalam perlbagai rupa seperti hantu. Aku ada menonton sebuah filem hantu dari Indonesia dan aku tertarik dengan idea di dalam skrip filem tersebut. Berikut merupakan ringkasan yang aku muatkan di dalam penulisan hari ini berdasarkan jalan cerita tersebut :

1. Fikiran itu adalah lebih berkuasa daripada fizikal.
2. Fikiran itu dapat mengawal jasad.
3. Fikiran itu adalah roh dan jiwa.
4. Jika roh dan jiwa tidak tenteram, maka jasad akan menuruti apa yang difikirkan.
5. Jika jasad sudah tiada, dimanakah roh dan jiwa?

Menarik bukan? Kenyataan ini dapat membuka ruang pemikiran supaya penonton lebih menghayati,berfikir dan impak terhadap filem tersebut menambahkan lagi unsur suspen. Barangkali pembikin filem seram di Malaysia boleh mencontohi kaedah sepertimana yang digunakan oleh filem filem seram luar negara. Skrip itu adalah kekuatannya, mereka tidak perlu menampakkan imej hantu, terjerit terlolong secara berlebihan yang mana akan membuatkan penonton berasa mual apabila menontonnya.

Apa-apa pun, salah satu sifat jin dan syaitan, golongan ini tidak suka sifat-sifat mereka dikaji oleh manusia. Mereka sebenarnya takut akan manusia, namun apabila seseorang itu lebih takutkan mereka, ketika itulah jin dan syaitan akan mengambil kesempatan untuk menyesatkan manusia yang sudah tewas dengan ketakutan masing-masing.

No comments: