Klik untuk lihat iklan menarik

Monday, May 4, 2009

Berani Kerana Benar..namun...


















Memang dah jadi lumrah hidup kan, manusia percaya dan yakin dengan apa yang dia nampak pada kali pertama. Namun apabila berlakunya percanggahan idea dan pendapat, manusia yang kreatif akan menerima idea daripada insan lain dan hasilnya mereka mempunyai persefahaman meskipun keadaan memaparkan beberapa situasi yang dapat mengaburi mata. Mereka akan menemui sesuatu yang lebih jelas dan bermakna. Teorinya sama seperti kisah 6 orang buta bersama seekor gajah.

1. Orang pertama mendekati sang gajah, Terjatuhlah ia Pada badan gajah yang kuat dan lebar terus berkata : “ Gajah ternyata seperti tembok!“

2. Orang kedua menyentuh gading sang gajah berteriak, “Benda luar biasa yang bernama gajah ini Adalah seperti tombak!“

3. Orang ketiga tanpa sengaja memegang Belalai sang gajah diantara tangannya dan katanya, “gajah adalah seperti seekor ular besar.”

4. Orang keempat menjulu
rkan tangannya Dan menyentuh kaki sang gajah: “wah, gajah macam pokok besar!"

5.Orang kelima yang kebetulan memegang telinga sang gajah, Berkata,” sebenarnya gajah ini macam kipas yang besar!

6. Orang keenam tidak bepuas hati dan tertangkaplah ekor sang gajah yang bergoyang-goyang yang ada dalam jangkauannya “Aku tahu,” katanya, “gajah adalah seperti seutas tali!”

Mereka bertekak dan terus bertekak atas satu benda yang sama kerana yakin dengan apa yang mereka sendiri alami dan rasai. Renung-renungkan..














-Ahmad Syahmi, Seksyen 19 Shah Alam-

No comments: